TOPIK 15 GEREJA MENGHORMATI PARA KUDUS

06-07-2019 M14
Matlamat:
Menyedari kedudukan dan peranan para kudus dalam Gereja.

Kitab Suci:
1 Kor.1:1-9

Katekismus Gereja Katolik:
946-959

All Saints Day (1 Nov)

Seperti kita menghormati Bonda Maria, begitu juga kita menghormati para kudus. Ingat semasa anda menyatakan iman kita melalui Doa Aku Percaya ? 
"Gereja Katolik yang kudus" menyusul dalam syahadat "persekutuan para kudus". Artikel iman ini dalam erti tertentu adalah pengembangan dari yang terdahulu: "Apa itu Gereja, kalau bukan perhimpunan kita yang beriman dan semua orang kudus?". Persekutuan para kudus itu adalah Gereja.

Mereka disebut kudus kerana pelayanan dan perkerjaan mereka semasa hidup mereka yang kudus dan kesetiaan mereka kepada Tuhan dalam pelayanan. Gelaran santa/santo diisytiharkan oleh Paus selepas mesyuarat bersama penasihat-penasihatnya (Cardinal).