Mula Kelas:
Allah, Bapa kami yang di Sorga,
terima kasih dan syukur kami kepada-Mu kerana mengumpulkan kami sekali lagi pada hari ini selaku sebuah Gereja-Mu. Pada sesi hari ini, berilah kami berkat dan curahkan kuasa Roh Kudus-Mu ke atas kami supaya kami dapat memahami apa yang kami pelajari tentang perintah dan ajaran-Mu. Kami mohon semua ini melalui pengantaraan Anak-Mu, Yesus Kristus, Tuhan kami.
Amen
1x Bapa Kami
Mengakhiri Kelas:
Allah, Bapa kami yang di Sorga,
Sekali lagi kami bersyukur kerana sepanjang sesi kelas kami pada hari ini Kau lindungi dan diberkati oleh Roh Kudus-Mu. Semoga apa yang kami pelajari akan kami serapkan ke dalam kehidupan seharian kami agar menuruti kehendak-Mu. Lindungilah kami sepanjang perjalanan kami pulang ke destinasi masing-masing selepas ini. Kami mohon semua ini melalui pengantaraan Anak-Mu, Yesus Kristus, Tuhan kami.
Amen
1x Bapa Kami